Friday, July 20, 2007

REHLAH MINDA

Dusta Dalam Bercinta

Imam Ghazali rhm berkata:
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW tetapi tidak cinta kepada ulama’ dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujianNya, maka dia adalah pendusta.


Nasihat Untuk Pemuda (macam kita nie!!)

Manshur bin Ammar berkata kepada seorang mukmin: “ Janganlah kepemudaanmu membujukmu. Ramai sekali pemuda yang mengundurkan taubat, memperpanjangkan angan- angan dan tidak ingat kematian.” Dia berkata: “ Aku akan bertaubat esok pagi.” Lalu datanglah malaikat maut padanya sedangkan dia belum bertaubat....

Wednesday, July 11, 2007

"Islam Adalah Kesejahteraan"

Hari ini banyak persoalan yang timbul mengenai Islam.Orang- orang barat hari telah melabelkan Islam sebagai "terrorist", dalam bahas arab disebut sebagai "irhabiyyah" iaitu pengganas. Bermula tragedi 11 september, umatIslam telah dilabel sebagai pengganas walaupun pada hakikatnya tiada kepastian sebenar mengenai tradegi tersebut. Selepas tragedi tersebut umat Islam telah ditindas secara berleluasa. Ramai manusia yang tidak berdosa dibunuh dan umat Islam dinegara barat telah dicerca serta dihina.Negara- negara Islam diberi sekatan dan tekanan, peperangan berlaku dimana- mana.Tahukah kita berapa ramai saudara- saudara kita yang tebunuh dalam peperangan di Iraq dan Afganistan. Apa akan terjadi dengan Iran pula dan negara Islam yang lain!!!!! Mungkin ramai yang masih belum tahu apa itu Islam yang sebenarnya dan apa yang terkandung didalamnya.....

"Islam Adalah kesejahteraan", Islam pada dasarnya diturunkan dengan fitrah dan sifat semulajadi manusia. Allah berfirman didalam Al-Quran:"Hadapkanlah wajahmu yang lurus kepada agama Allah, (tetaplah diatas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu" (Ar Rum:30). Imam qurtubi didalam kitabnya Al Jami' Li Ahkam Quran dalam menafsirkan ayat ini memndang baik pandangan ulama' yang mengatakan setiap bayi dilahirkan dengan persediaan mengenali Tuhannya (Allah) serta syariat yang diturunkanNya.

Kesejahteraan Islam tertonjol kerana ia membenci sebarang perbuatan yang melampau dan berlebihan.Sebagai contoh,mereka yang hanya memberi tumpuan pada aspek akhirat dan mengabaikan dunia dianggap sebagai golongan melampau, begitu juga sebaliknya.Islam telah menganjurkan kesedarhanaan dan keseimbangan dalam agama "musawat".Nabi Muhammad SAW ada berpesan: "Jauhilah perbuatan yang melampau didalam agama.Sesungguhnya telah hancur orang- orang sebelummu kerana perbuatan melampau yang mereka lakukan dalam agama".

Disamping itu juga, Islam menjamin kesejahtearaan kerana ia menghalalkan perkara yang baik dan menghalalkan perkara yang haram dan keji seperti arak, judi dan sebagainya kerana ia merosakkan individu, keluarga dan masyarakat. Firman Allah Taala :" Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik (at-tayyibat), dan mengharamkan bagi mereka segala yang keji (al-khabaith)",(Al A'raf:157). Ajaran Isla juga mengandungi peraturan yang mementingkan kepentingan manusia sekaligus menjamin kesejahteraan hidup insan. Perturan Islam tidak diturunkan bagi menyusahkan manusia, tetapi sebaliknya berfungsi mengelolakan hidup mereka.Misalnya didalam keadaan yang dharurat ataupun kecemasan, kita dihalalkan melakukan perkara yang diharamkan mengikut kadar tertentu mengikut kaedah fiqhiah yang telah ditetapkan. Firman Allah Taala, "Allah tidak menyulitkan kamu, sebaliknya Dia berkehendak untuk membersihkan kamu serta menyempurnakan nikmatNya keatasmu moga kamu bersyukur" ( Al Maidah:6)


Di sudut kemasyarakatan, kesejahteraan manusia terpelihara kerana Islam mementingkan pembinaan masyarakat yang beradab, bertanadun, progresif dan aman. Konsep kasta dan arpatheid tidak pernah wujud sama sekali dalam Islam. Malah islam tidak pernah membezakan manusia berdasarkan bangsa, warna kulit, keturunan dan kebangsawanan. Firman Allah Taala, "Wahai manusia,sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa- bangsa dan bersuku- suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah orang yang paling bertakwa dikalangan kamu" (Al Hujurat:13)


Islam juga memelihara kesejahteraan mereka yang bukan Islam terutamanya golongan kafir zimmi iaitu golongan bukan Islam yang berdamai dengan umat Islam dan tinggal di negara orang Islam. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sesiapa yang menyakiti seorang kafir zimmiaku akan menentangnya dan jika aku menentang seseorang aku akan menentangnya hinggalah hari kiamat" (riwayat al khatib dengan sanad yang baik)


Sebenarnya konsep kesejahteraan yang ada dalam Islam ini menyeluruh dan sesuai untuk semua manusia tidak kira tua atau muda, miskin ataupun kaya dan sebagainya. Sebahagian penulis barat mempertikaikan konsep kesejahteraan ini dengan mengatakan Islam berkembang dengan mata pedang dan merangsang umatnya melakukan keganasan. Kenyataan ini tidak benar sama sekali. Jika Islam diturunkan intuk menganjurkan keganasan, nescaya dari awal lagi umat Islam diwajibkan memberontak dan berperang, tetapi ini tidak berlaku. Adakan dengan ajaran seperti ini melayakkan Islam dilabelkan sebagai pengganas? Siapakah sebenarnya yang ganas? Apakah tindakan kita sebagai umat Islam untuk mempertahan agama Isla m ini. Dimana kesedaran kita, hari ini kita masih lagi menyokong pihak barat, fikrah dan pengaruh barat telah meresap didalam jiwa- jiwa umat Islam hari ini. Kita masih lagi menyokong ekonomi barat dengan membeli barangan- barangan mereka sedangkan pada masa yang sama ada alternatif lain yang dikeluarkan oleh negara- negara Islam. Dimanakah keprihatinan kita didalam hal ini!!! Ayuhlah kita sama- sama memboikot barangan buatan Amerika dan sekutunya , dan bantulah negara- negara Islam.Umat Islam wajib bersatu demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Islam tidak akan menang selagimana umat Islam tidak bersatu.....Berfikir dan Bertindak

Tuesday, July 10, 2007

Salam

Assalamualaikum...
salam kepada semua sahabat- sahabat yang baru membuka blog atau lembaran baru sy dlm blog nie..mudah- mudahan ianya menjadi satu permulaan untuk saya memberikan yang termampu untuk masyarakat....siapa yang sudi membatu dialu- alukan...syukran